hidayah
PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan dalam Pendidikan

  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor penting/ utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.

  • Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan di dapati telah menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

  • Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian

  • Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda

Jenis Perubahan

1. Perubahan ke Arah Peningkatan

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertantu dalam organisasi seperti:-

  • berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
  • memperkenalkan teknologi baru
  • mengadakan program pembanguna staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf

2. Perubahan Strategik Organisasi

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:-

  • mendefinisikan semula peranan organisasi
  • perubahan nilai teras organisasi
  • pembentukan semula misi
  • perubahan struktur & strategi organisasi
  • mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

3. Perubahan Reaktif

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders):-

  • kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran & etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
  • perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan

4. Perubahan Akibat daripada Jangkaan

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan ialah:

  • persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
  • persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
  • penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
  • persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
  • perubahan dalam trend tenaga kerja

~ Perubahan adalah kompleks kerana dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.

Proses Evolusi ialah perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Manakala proses revolusi adalah perubahan yang pantas yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

~ Perubahan juga berbentuk multidimensi kerana melibatkan pelbagai pertimbangan untuk mengenal pasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Tujuan perubahan ialah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

~ Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. Unit ini terdiri daripada unit yang kecil (individu) dan beranjak kepada unit yang besar (organisasi). Sifat perubahan bagi mengubah seseorang individu ialah perlu mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

~ Magnitud perubahan merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang diimplementasikan. Perubahan dalam skala besar memberi hasil yang baik tetapi sukar untuk diimplementasikan tetapi tidak memberi kesan yang signifikan.

~ Skop perubahan penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

~ Terdapat pandangan yang berbeza mengenai jangkamasa perubahan dari segi hubungan masa dan kesan perubahan. Terdapat 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggan iaitu:

  1. Perubahan yang berlaku secara spontan dan tidak memberi kesan yang mendalam
  2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
  3. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

Model-model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger

  • Proses inovasi bermula apabila masalah/ keperluan telah dikenalpasti
  • masalah/ keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal / jangkaan pembangunan akan datang.
  • Apabila masalah/ keperluan telah dikenalpasti,penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Rasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak. Seterusnya menghasilkan inovasi.
  • Inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan bahakan terhasil daripada amalan praktikal dimana pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter

  • Struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada 4 tugas inovasi:-
  1. Penjanaan Idea
  2. Membina Idea
  3. Realisasi Idea
  4. Pemindahan Idea

3. Model Rand

  • Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.
  • Memandu ke arah pengumpulan data & analisis
  • Proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:
  1. Daya usaha
  2. Implementasi
  3. Penggabungan

4. Model Acot

  • Model ini berdasarkan kajian pengenalan komputer dalam bilik darjah
  • Kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajran telah berkembang secara beransur-ansur.
  • Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses P&P iaitu:-
  1. Kemasukan
  2. Memilih
  3. Menyesuaikan
  4. Penggunaan
  5. Mereka cipta

0 Responses

Post a Comment

Alunan Syahdu


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones