- ciri
- sifat
- kualiti
- unsur sesuatu objek @ peristiwa
Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua / lebih ciri / kemungkinan dan membuat pilihan/ keputusan.
Langkah penggunaan:-
- Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu / beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan & penganalisaan data)
- Kenal pasti ciri kajian tindakan itu
- Tentukan sama ada kajian lain mempunyai ciri yang sama/ tidak
~MENGANALISIS~
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep/peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ni digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
~MENILAI~
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan & kelemahan berdasarkan bukti/dalil yang sah. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima/ menolak sesuatu idea.
~MEMBUAT KESIMPULAN~
Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis/ mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal & menyokong penyataan.
~MENSISTESIS~
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan.
Post a Comment