hidayah
AKTIVITI 1

Jawab semua soalan di atas kertas A4:

  1. Nama dan No Matrik
  2. Bidang Pengkhususan
  3. Alamat Tetap
  4. Status
  5. Mengapa ingin menjadi guru?
  6. Guru yang paling disukai dan kenapa?
  7. Guru yang paling dibenci dan kenapa?
  8. Apakah tugas guru?
  9. Lukis gambar pokok berserta tandatangan dan tarikh lahir

AKTIVITI 2

Mencari partner dan membuat refleksi berkenaan mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban yang merangkumi apa, kenapa, bagaimana dan prosedur. Kemudian dibentangkan di hadapan kelas.

  1. Nurul Hidayah Md Yatin
  2. Nor Aini Abd Rashid

Tajuk: Keberkesanan penggunaan animasi statik berdialog dalam pembelajaran Sejarah

Pembentang: Abdul Razak Ahmad, Ahmad Ali Seman & Letchumanar a/l Narayanasamy

Sesi Selari 1C (10.30am- 12.30pm)

Tempat: Sri Menanti

hidayah


Disediakan oleh:
  1. Nurul Hidayah Md Yatin
  2. Azwani Mohamed Ariff
  3. Nur Sakinah W. Ishak
hidayah

Langkah-langkah dalam proses kajian tindakan (Johnson)
~KAJIIAN KEPUSTAKAAN~
Kajian kepustakaan adalah proses umum yang dilakukan oleh penyelidik dalam usaha menemukan teori. Ia merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Ia dilakukan secara kritikal ke atas point-point yang dikemukakan.
~MEMBANDING & MEMBEZAKAN~
Mencari persamaan & perbezaan berdasarkan kriteria:
  • ciri
  • sifat
  • kualiti
  • unsur sesuatu objek @ peristiwa

Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua / lebih ciri / kemungkinan dan membuat pilihan/ keputusan.

Langkah penggunaan:-

  • Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu / beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan & penganalisaan data)
  • Kenal pasti ciri kajian tindakan itu
  • Tentukan sama ada kajian lain mempunyai ciri yang sama/ tidak

~MENGANALISIS~

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep/peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ni digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

~MENILAI~

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan & kelemahan berdasarkan bukti/dalil yang sah. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima/ menolak sesuatu idea.

~MEMBUAT KESIMPULAN~

Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis/ mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal & menyokong penyataan.

~MENSISTESIS~

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan.

hidayah
PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan dalam Pendidikan

  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor penting/ utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.

  • Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan di dapati telah menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

  • Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian

  • Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda

Jenis Perubahan

1. Perubahan ke Arah Peningkatan

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertantu dalam organisasi seperti:-

  • berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
  • memperkenalkan teknologi baru
  • mengadakan program pembanguna staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf

2. Perubahan Strategik Organisasi

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:-

  • mendefinisikan semula peranan organisasi
  • perubahan nilai teras organisasi
  • pembentukan semula misi
  • perubahan struktur & strategi organisasi
  • mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

3. Perubahan Reaktif

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders):-

  • kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran & etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
  • perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan

4. Perubahan Akibat daripada Jangkaan

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan ialah:

  • persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
  • persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
  • penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
  • persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
  • perubahan dalam trend tenaga kerja

~ Perubahan adalah kompleks kerana dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.

Proses Evolusi ialah perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Manakala proses revolusi adalah perubahan yang pantas yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

~ Perubahan juga berbentuk multidimensi kerana melibatkan pelbagai pertimbangan untuk mengenal pasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Tujuan perubahan ialah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

~ Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. Unit ini terdiri daripada unit yang kecil (individu) dan beranjak kepada unit yang besar (organisasi). Sifat perubahan bagi mengubah seseorang individu ialah perlu mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

~ Magnitud perubahan merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang diimplementasikan. Perubahan dalam skala besar memberi hasil yang baik tetapi sukar untuk diimplementasikan tetapi tidak memberi kesan yang signifikan.

~ Skop perubahan penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

~ Terdapat pandangan yang berbeza mengenai jangkamasa perubahan dari segi hubungan masa dan kesan perubahan. Terdapat 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggan iaitu:

  1. Perubahan yang berlaku secara spontan dan tidak memberi kesan yang mendalam
  2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
  3. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

Model-model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger

  • Proses inovasi bermula apabila masalah/ keperluan telah dikenalpasti
  • masalah/ keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal / jangkaan pembangunan akan datang.
  • Apabila masalah/ keperluan telah dikenalpasti,penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Rasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak. Seterusnya menghasilkan inovasi.
  • Inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan bahakan terhasil daripada amalan praktikal dimana pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter

  • Struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada 4 tugas inovasi:-
  1. Penjanaan Idea
  2. Membina Idea
  3. Realisasi Idea
  4. Pemindahan Idea

3. Model Rand

  • Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.
  • Memandu ke arah pengumpulan data & analisis
  • Proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:
  1. Daya usaha
  2. Implementasi
  3. Penggabungan

4. Model Acot

  • Model ini berdasarkan kajian pengenalan komputer dalam bilik darjah
  • Kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajran telah berkembang secara beransur-ansur.
  • Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses P&P iaitu:-
  1. Kemasukan
  2. Memilih
  3. Menyesuaikan
  4. Penggunaan
  5. Mereka cipta

hidayah
Nama pengarang: Geoffrey E. Mills
Tahun terbitan: 2003
Tajuk buku: Action Research : A Guide for the Teacher Researcher
Negara penerbit: New Jersey
Nama penerbit: Pearson Education
hidayah
REFLEKSI KAEDAH MENGAJAR P&P

Ketua: Nurul Hidayah binti Md. Yatin
Pencatat: Azwani binti Mohamed Ariff
Pembentang: Nor Sakinah W. Ishak

Tajuk: Adab Berguru
Tingkatan satu

Masalah:
  1. Intonasi suara yang terlalu perlahan
  2. Teknik pengajaran yang tidak pelbagai
  3. Kurang aktiviti berpusatkan pelajar
  4. Guru kurang menguasai ilmu yang diajar

Penambahbaikan:

  1. Melontarkan suara dengan lebih jelas dan gestur badan
  2. Menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran (sumbang saran, soal jawab, simulasi dll)
  3. Menggunakan kaedah kooperatif dalam pengajaran
  4. Disarankan guru untuk lebih banyak membaca dan menguasai ilmu yang diajar, tidak hanya terhad kepada silibus semata-mata

Strategi dan kaedah:

  1. Menggunakan kaedah pengajaran konstruktivisme :- Pelajar membina makna sendiri dalam setiap subjek yang dipelajari, Self Regulated Learning (SRL): membuat nota menggunakan 5W 1H (when, why, where,who, what & how), berbincang dan berkongsi maklumat yang dipelajari dengan kawan bagi mengukuhkan kefahaman terhadap sesuatu topik
  2. Kaedah berpusatkan pelajar dimana pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
  3. Menggunakan kaedah masteri dimana guru menyampaikan ilmu yang mudah difahami oleh pelajar sebelum beralih ke topik seterusnya.

hidayah


Reka bentuk kajian tindakan:

  1. rancang

  2. tindakan

  3. pemerhatian

  4. refleksi

Model Kajian Tindakan Kemmis:

hidayah
Aktiviti 1:
Soalan: Refleksi selepas mengikuti Program Bina Insan Guru

1) Masalah dalam diri
  • Tidak menepati masa
  • Kurang kemahiran berkomunikasi
  • Kurang keyakinan diri

2) Penambahbaikan

  • menguruskan masa dengan tepat
  • bayakkan kemahiran berkomunikasi
  • percaya dan yakin kepada diri sendiri

3) Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik, Matlamat (umum):

  • membentuk sahsiah diri menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping menjadi guru yang versatil dan holistik

Objektif:

  1. melatih diri untuk sentiasa menepati masa
  2. melatih diri untuk mahir dalam komunikasi
  3. membentuk keyakinan diri yang mantap dan proaktif

4) Pelan tindakan: Langkah-langkah yang perlu di ambil:

  1. melatih diri untuk sentiasa menepati masa
  2. menyertai aktiviti berkumpulan dimana dapat memberikan sumbang saran/ idea dalam sesuatu tugasan
  3. membaca buku yang boleh meningkatkan motivasi kendiri
  4. yakin dengan kebolehan diri

5) Rancang bagaimana ingin mengumpul data:

  • kenal pasti masalah
  • senaraikan masalah diri
  • sentiasa bertanya kawan mengenai kelemahan dan kekurangan diri

6) Memantau apa yang dirancang dilaksanakan

  • persepsi/feedback daripada kawan-kawan
  • bertanya pad diri sendiri tentang keyakinan diri dalam menjalankan tugasan

7) Penilaian apa yang dirancang dicapai

  • menilai diri sendiri tentang keaktifan dari aspek menepati masa dan berani bersuara serta mahir dalam komunikasi dalam kumpulan
  • memerima kritikan yang membina daripada kawan-kawan
hidayah
Kajian tindakan terbahagi kepada 4 jenis:
  1. Kajian Tindakan Individu
  2. Kajian Tindakan Kolaboratif
  3. Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
  4. Kajian Tindakan Peringkat Daerah

1. Kajian Tindakan Individu

  • melibatkan seorang guru sahaja
  • fokus kepada satu isu dalam bilik darjah
  • contoh:
  1. mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah
  2. strategi pengajaran
  3. pembelajaran pelajar

2. Kajian Tindakan Kolaboratif

  • melibatkan lebih daripada 2 orang
  • guru-guru dalam bidang yang sama
  • guru-guru dalam pelbagai subjek
  • guru-guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
  • fokus kepada satu isu dalam satu bilik darjah/ satu masalah

3. Kajian Tindakan Peringkat Sekolah

  • fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah
  • contoh: untuk meningkatkan keaktifan ibubapa dalam PIBG

4. Kajian Tindakan Peringkat Daerah

  • fokus kepada satu isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah di peringkat daerah

hidayah
Kajian Penyelidikan

Satu proses untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.
  1. kemukakan soalan
  2. kumpul data untuk menjawab soalan
  3. kemukakan jawapan kepada soalan

Proses Kajian secara umum

  1. kenal pasti masalah
  2. kajian kepustakaan
  3. menentukan pendekatan kajian
  4. mengumpul dan menganalisis data
  5. membincangkan dapatan dan implikasi kajian
  6. melaporkan kajian

- Penting Kajian Guru-

  • menambah pengetahuan
  • menambah baik amalan (praktis)
  • mendebatkan sesuatu polisi
  • membina kemahiran melakukan penyelidikan

-Kajian tindakan dalam pendidikan

  • guru meneliti, menyelidik, mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan: penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar) perkembangan profesional

Alunan Syahdu


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones