hidayah
ANALISIS DATA

Analisis data ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat yang berguna untuk cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3/ lebih jenis data untuk dianalisis.

data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis

Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan dan buat anggaran

Langkah Analisis Data Kualitatif

Langkah 1 :
-tengok secara lalu maklum balas
-ambil nota atas tema yang muncul, isu atau faktor yang didengar
-cari item yang berulang/ penting

Langkah 2
-pilih 3/4 tema/ kategori yang muncul dan bina matriks
-cuba buat carta bukti berkaitan tema utama
-tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar ditepinya
-guna warna dan kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah 3
-jika boleh bincang tinjauan dengan pendidik lain
-baca tinjauan (soalselidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/ kategori yang telah dikenalpasti
-seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina

Langkah 4
-tanya (apa yang telah saya dapat)
-rtulis/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
-sokongan bacaan jurnal

Langkah 5
-Apa kesimpulan yang boleh kita buat
-rekod kesimpulan sama ada matriks atau atas kertas yang berlainan

Langkah 6
- Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
  • tinjauan (soal selidik lain)/ temubual/penilaian
  • semak semua persoalan kajian
  • bina mdul/aktiviti

-jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks

-apakah maklumat yang masih diperlukan

  • atas pelajat
  • atas kaedah
  • maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Kegunaan Data dalam Plan- Do-Study-Act Cycle

PLAN

-Nilai dan ringkas semua data yang kita ada

- Analisis dan kenalpasti tema utama

-Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan

DO

-Kumpul data

-buat kajian rintis untuk memastikan strategi perkara dipenuhi

STUDY

-Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

ACT

-Kenalpasti soalan tambahan
-Rancang untuk penambahbaikan berterusan

Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan.

Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki tetapi tidak usah risau.

Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran seterusnya.

RINGKASAN DATA ANALISIS

1. Panduan untuk analisis data

  • reka bentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
  • cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • cari tema dan pola
  • susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  • masukkan kesemua data termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
  • baca & baca data lebih daripada sekali
  • bina imej ritual
  • tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
  • let data speak to you

2. Proses analisis data

  • analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  • cari tema dan pola
  • ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  • lihat kembali data & semak tema-tema yang telah dibuat
  • bina subtema jika perlu
  • simpan nota secara berterusan malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
  • semak maklumat untuk cari idea yang kerap/ dominan muncul
  • kenalpasti point utama
  • carimaklumat untuk menyokong dapatan kajian
hidayah
PEMBENTANGAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Terdapat beberapa lagi kumpulan membentangkan proposal kajian tindakan di dalam kuliah :

  1. Meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari bacaan al-Quran secara bertajwid
  2. Meningkatkan minat pelajar dalam dhomir bahasa arab melalui teknik hafalan
  3. Meningkatkan minat pelajar dalam subjek geografi melalui jigsaw
  4. Meningkatkan penglibatan pelajar perempuan dalam unit beruniform
  5. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam sains menggunakan kaedah permainan dam ular
  6. Meningkatkan minat pelajar dalam prosa klasik bahasa melayu melalui think-pair-share (TPS)

Hajah Halimah memberikan komen terhadap proposal kami semua dan perlu menambahbaikan dalam literature review serta meletakkan sumber rujukan dan persoalan kajian.

Kemudian, Hajah Halimah memberikan kuiz kepada kami untuk menguji sejauhmana kefahaman dan tumpuan kami semasa pembentangan dijalankan. Soalan kuiz adalah seperti berikut:

  1. Apakah perbezaan antara kajian tindakan dan kaedah eksperimen?
  2. Apakah persoalan kajian pada kajian yang bakal anda lakukan?
  3. Apakah maksud baseline data?

hidayah
PEMBENTANGAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

5 kumpulan yang terpilih telah membentangkan proposal kajian tindakan.

  1. Tajuk kajian : Kaedah ilustrasi kartun bagi meningkatkan minat pelajar kepada subjek sejarah
  2. Tajuk kajian: Kaedah aktiviti luar kelas (puisi dan pencarian harta karun) dalam meningkatkan minat dan penghayatan pelajar kepada kesusasteraan melayu
  3. Tajuk kajian : Kaedah penggunaan lagu dalam menguasai kata kunci
  4. Tajuk kajian : Kaedah latihan bagi meningkatkan kemahiran menyangga bola dalam sukan bola tampar
  5. Tajuk kajian : Kaedah smart reader, nyanyian, peer teaching dan CO dalam meningkatkan kemahiran cara pertuturan dan sebutan
hidayah
PENGUMPULAN DATA

3 sebab perlu capai kualiti tinggi:

  1. Tanggungjawab kepada pelajar
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria Kualiti

  • serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan
  • kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan

  • merujuk kepada kebenaran data
  • dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur / mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan

  • berkaitan dengan ketepatan data
  • masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
  • sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya
  • Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
  • Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Penyelidikan Tindakan

Tahap 1 : mengenalpasti masalah

Tahap 2 : perancangan tindakan

Tahap 3 : mengumpul data

Tahap 4 : analisis data

Tahap 5 : perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul Data

  • Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
  • Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

Alat Pengumpulan Data

  1. Pemerhatian (video tape)
  2. Nota guru & komen
  3. Kerja pelajar
  4. Refleksi pelajar & kerja pelajar
  5. Jurnal pelajar
  6. Ujian
  7. Tinjauan soal selidik
  8. Temuduga (Audio tape)

Tugasan

  • Kemaskini proposal yang telah dibuat di bahagian pengumpulan data
  • pelajar akan dipanggil secara rawak minggu depan untuk melihat perkembangan

Alunan Syahdu


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones